Kitab Lelaki

Cara Mengambil Hati Lelaki:-

MENGMBIL HATI LELAKI

 

Dalam perhubungan, bukan wanita saja yang ingin dengar kata-kata pujian atau sokongan. Kaum lelaki juga mahu dihargai dan perlukan kata-kata semangat untuk berasa diri mereka penting dan pasangan mengambil berat mengenai diri mereka.
EH! cadangkan beberapa ayat manis yang boleh anda ucapkan untuk buat si dia lebih sayang dan boleh jatuh cinta sekali lagi dengan anda!

I hormat you – mungkin agak kuno tetapi dengan ayat yang mudah itu dia akan rasa amat dihargai. Jika wanita mahu disayangi, lelaki pula mahu dihormati. Mereka mudah terasa jika merasakan mereka tidak dihormati dan cukup dengan berikan kata-kata itu boleh buat dia gembira.

You kacak hari ni” – dia pasangan kamu jadi tidak salah kamu lemparkan sedikit pujian untuk ambil hatinya terutama apabila si dia bersusah payah gosok baju, menggaya rambut dan berwangi-wangian.

“Terima kasih” – dalam bahasa apa sekalipun, apa saja tindakan ringkas seperti tuangkan air jangan lupa berterima kasih. Cari beberapa lagi kebaikan yang si dia lakukan dalam sehari dan ambil peluang ucapkan terima kasih.

“Saya percayakan awak” – kunci perhubungan adalah komunikasi jadi dalam melalui suka duka bersama ucapkan ayat ini sebagai tanda anda mengharapkan perlindungan si dia dalam pelbagai situasi.

“Saya di sisi awak” – si dia juga perlu tahu anda bersedia untuk jadi individu yang dia boleh bersandar kala saat sukar.

“Saya mendengar” – cara lelaki berdepan dengan masalah tidak sama dengan wanita, jadi usah marakkan amarahnya sebaliknya pinjamkan telinga dan dengan apa yang ingin si dia luahkan.

Sorry sayang” – tidak salah untuk ucapkan maaf dahulu daripada membiarkan situasi lebih teruk. Dia bukannya musuh dan anda harus mengalah jika sekadar bertekak nak makan luar di mana!

I bangga dengan you – tahap pencapaian penting bagi lelaki jadi mereka mahukan perakuan anda bahawa dia telah melakukan yang terbaik.

7 ILMU Istimewa Cara Memikat Wanita Dengan Sekelip Mata (Wajib Cuba)

memikat wanita

 

Adakah anda pernah melihat lelaki yang boleh mendapatkan mana-mana gadis yang mereka mahu dan tertanya-tanya, “bagaimana mereka melakukannya?” Ya, perempuan tertarik kepada kuasa dan status. Ya, mereka tertarik dengan ciri-ciri kelelakian yang dominan, dan keyakinan. Nak tahu cara memikat wanita dengan bergaya?jom kita belajar sama-sama.

Jaga penampilan anda. 
Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif.Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa.Paham kan maksud saya.Jangan la pergi dating pakai baju pagoda,seluar pendek macam taukeh Ah Chai dan berselipar jepun sahaja.tak Menarik, Tertarik De Boom kan?

 
Jadi diri sendiri.
Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain.Baru tengok Aaron Aziz kat dalam Ombak Rindu yang hebat memanah CINTA anda pun sibuk nak jadi macam dia.HENTIKAN niat tak cerdik anda tu.Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho,buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat.Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey.Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.

 
Pandai berkomunikasi.
Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan.Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda “tackle” saya gerenti dia akan cair dengan anda.Bagi wanita lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat.kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”.tak percaya cuba la…

 
Bersifat prihatin dan ambil berat.
Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka.tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE”tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call…jangan buat kerja gila ye.Bukan take cara itu yang saya maksudkan.ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau.Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.

 
Jangan jadi “Haji Bakhil Bin Haji Kedekut”
Sifat ni cukup wanita tak gemar.cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah.Kejap…pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan.Atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” wanita yang tak bertanggungjawab.Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan.Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau.Si dia pasti akan terharu.

 
Jejaka yang periang
Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda.Macam mana ye…mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum.Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”.Sure dia takkan selesa.Selain itu satu BONUS cara memikat wanitasekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja.Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..hehe

 
Jangan suka main “remote control”
Remote control TV LCD Samsung 45 inci ke??eh bukan..maksud saya jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar.wanita cukup pantang pasal benda ni.wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka.Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka.Tiap minit nak tahu dia ada kat mana.Bosan la macam tu..bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga.ini baru cara memikat wanita yang gentleman.

 

Cara Pujuk Lelaki Merajuk

man-crying

 

 

Di dalam perhubungan, tidak semestinya wanita yang sering merajuk. Lelaki zaman sekarang jauh lebih sensitif dan cepat terasa dengan tidak tanduk pasangannya. Oleh itu, sebagai teman wanita yang bijak, anda harus tahu cara memujuknya.

Tahu Masa Yang Sesuai

Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus mahu memberikan penjelasan kepadanya. Bak kata pepatah, api jika bermain dengan api makin marak jadinya. Jangan terus-terusan menelefonnya kerana usaha ini akan hanya membuang masa anda. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

 

Buat Sesuatu Yang Menyenangkan

Kata orang, masakan wanita boleh melemahkan seseorang lelaki. Mungkin sebagai tanda maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari bersama nota maaf. Cuba hubunginya semula pada waktu malam, dia pasti sudah melupakan apa yang telah terjadi.

 

Tuliskan Penjelasan Anda

Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda setelah beberapa hari, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri dan letakkan pada cermin keretanya. Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda.

 

Jangan Terlalu Terdesak

Sekiranya sudah banyak usaha yang telah dilakukan tetapi si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Sekiranya anda dilihat seperti terlalu terdesak, takut nanti pasangan anda akan lebih membuli anda dan mempermainkan perasaan anda. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.